Monday, August 2, 2010

SKULL MADNESS ( MUAR CHAPTER )

Hello and welcome to 1 Malaysia. Assalammualaikum dan selamat datang kepada semua umat Islam yang mengunjungi blogspot SKULL MADNESS ( MUAR CHAPTER ). Blog ini berkenaan dengan crew-crew dan aktiviti-aktiviti serta perkara-perkara yang baik-baik saja dari BIKERS SKULL MADNESS yang  berasal dari  Muar Johor.


BLOG INFO: Banyak update yang telah di lakukan pada page BIKERZ, BIKES dan AKTIVITI. (NEW PAGE) PROJEK






 Ini adalah logo rasmi yang kami gunakan.



WAJAH CERIA SEORANG YANG TELAH
MEMBAWA MASUK RAMAI BIKERS DARI MUAR
UNTUK MENYERTAI SKULL MADNESS MG
MALAYSIA
(MOHD FUAD- WE ALL SLUTE LU BRO)





SKULL MADNESS ( MUAR CHAPTER ) adalah gabungan bikers-bikers dari Muar Johor yang mendaftar untuk SKULL MADNESS MALAYSIA yang berpusat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Teruslah melayari blog ini untuk mendapatkan sedikit info tentang SKULL MADNESS ( MUAR CHAPTER ).


1. Kebanyakkan bikers dari Muar mula mendaftar untuk meyertai SKULL MADNESS MG  MALAYSIA  pada 22 July 2010.


2. Setakat ini seramai 13 orang bikers dari Muar yang telah memohon untuk mendapatkan  keahlian tetap dari SKULL MADNESS MG MALAYSIA.


3. Tidak semua bikers yang memohon untuk menjadi ahli akan mendapat keahlian tetap. Semuanya bergantung pada kelulusan yang di keluarkan oleh pihak yang menguruskan SKULL MADNESS MG MALAYSIA yang berpusat di MELAKA dan telah berusia 2 tahun penubuhannya.


4. Setiap permohonan perlu di tapis bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku kerana SKULL MADNESS MG MALAYSIA mengamalkan sikap setiakawan, perpaduan dan bersepakat dalam setiap hal.


5. Kebanyak ahli dari muar menjadikan WAK ARIS CAFE, bertempat di KM 4 Jalan Salleh Muar atau lebih mudah untuk di datangi adalah bersebelahan Pam Minyak Petronas Parit Beting Muar sebagai tempat untuk mereka berkumpul sambil bersembang dan berbincang mengenai motorsikal masing-masing.


6. Untuk bikers dari Muar yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan cepat tentang aktiviti-aktiviti atau segala yang berkenaan tentang SKULL MADNESS MG MALAYSIA bolehlah hubungi saudara MOHD FUAD dengan menghubungi nombor ini  017 4322007 .


7. Demi menjaga keharmonian dalam SKULL MADNESS MG MALAYSIA, setiap ahli perlu akur  dalam setiap apa jua keputusan yang di keluarkan dari pihak yang menguruskan motor group ini. Kerana dalam setiap perkara, semestinya ada perbincangan, dan dalam setiap perbincangan mesti ada keputusan dan keputusan itulah yang harus semua ahli mematuhinya. Untuk mengelak kekeliruan atau ketidak puashatian dalam setiap keputusan, berilah kerjasama dalam setiap perjumpaan mingguan (TTS), kerana di situ semua suara di dengar dan di bincangkan sebelum setiap keputusan di ambil.  


Buat masa ini hanya di atas itu saja yang dapat di terangkan berkenaan SKULL MADNESS (  MUAR CHAPTER  ). Kami berjanji akan memberikan lebih banyak info di masa akan datang.




KATA - KATA PESANAN DARI LEADER
SKULL MADNESS MALAYSIA




Semua bikers yang ada dalam SKULL MADNESS MALAYSIA harus memegang 3 prinsip ini dalam diri masing-masing.

1. Keluarga.
2. Kerjaya   
3. Motosikal

1. Walaupun kita ini peminat setia dunia permotoran, namun jangan sesekali kita melupakan atau mengabaikan tanggungjawab kita pada keluarga. Kerana di dunia ini tiada harta yang lebih berharga dari keluarga.

2. Semua orang di dunia ini perlu berkerja untuk mencari rezeki. Jangan kerana terlalu menumpukan pada motorsikal, kerjaya kita terganggu hingga kita kehilangan punca kewangan. Tanpa wang masakan motorsikal kita boleh kelihatan cantik dan boleh berada di jalan-jalanraya dengan penuh kebanggaan.

3. Sesudah keluarga kita, kita sediakan semua keperluan mereka, dan setelah setiap kerja-kerja yang memberi pendapatan yang baik telah kita lakukan, barulah kita beri pula perhatian pada motorsikal kesayangan kita. Insya Allah, semuanya akan jadi baik selamanya.





RENUNGKANLAH
Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan untuk semua. Kita semua bikers adalah bersaudara. Elakan permusuhan sesama kita. Semua bikers ride only for fun, enjoy and feel freedom. Ride hard or stay home. Jangan bawa permusuhan pribadi ke dalam group dan mempengaruhi orang lain untuk sama-sama bermusuhan. Jika ada masalah, kita selesaikan dengan baik. Kita bikers semua seharusnya bersatu dan berseronok semasa menunggang motosikal masing-masing. Di harapkam semua bikers yang ada di dalam SKULL MADNESS MALAYSIA mempunyai sifat setiakawan yang tinggi sampai bila-bila. INSYA ALLAH.

Dari isi hati:     
Bajang-x         





SUARA DARI MUAR

TERIMA KASIH
Kami bikers-bikers dari Muar mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada pihak urusan SKULLMADNESS MG  MALAYSIA kerana menerima kami sebagai ahli baru dalam motor group ini. Terutama pada Leader SMMG, Encik Arif dan tak lupa kepada orang yang memperkenalkan SMMG pada bikers-bikers di Muar iaitu Encik Mohd Fuad. Terima kasih bro.

KENAPA SMMG
Kami memilih untuk menyertai SMMG kerana, yang utama = pendirian Leader SMMG (Encik Arif) ini sendiri yang tidak menghadkan kuasa CC motorsikal untuk mereka yang ingin menjadi ahli. Ini bermakna motorsikal yang berCC kecil pun masih boleh menyertai SMMG. Kerana kebanyakan kami dari Muar ini mempunyai motorsikal yang berCC kecil. Ini bermakna kuantiti itu lebih meriah biarpun kurang kualiti. Yang penting semua sampai ke setiap destinasi yang di tuju dengan selamat. Kedua= SMMG sebuah group motor yang tersusun pergerakkannya dan nampak hala tujunya di bawah pengendalian Encik Arif. Dan kerana itu kami amat berbesar hati jika dapat terus berada di dalam SKULLMADNESS MG MALAYSIA. Semuga SMMG terus kukuh hari demi hari dan terhindar dari segala unsur-unsur negativ. INSYA ALLAH.

KENAPA BLOG INI DI HASILKAN
Tentu ramai yang ingin tahu kenapa blog MUAR CHAPTER ini di hasilkan, sedangkan SMMG sudah ada blognya sendiri. Blog ini di hasilkan semata-mata bertujuan untuk memperkenalkan bikers-bikers SMMG dari Muar kerana kami masih baru dalam SMMG. Untuk memperkenalkan kami pada ahli-ahli SMMG yang terdahulu, dari blog inilah kami dapat memperkenalkan diri kami pada mereka dengan lebih mudah dan cepat kerana kami berlainan negeri. Bukan itu saja, kami juga cuba memberitahu pada semua, bahawa kebanyakkan dari kami bukanlah masih baru dalam dunia bikers ini, bahkan ada di antara mereka yang telah terlibat lebih sepuluh tahun dalam dunia yang menyorokkan bagi orang-orang yang berjiwa bikers ini. Kerana itu di blog ini memang kami sengaja menghimpunkan banyak gambar-gambar dan video-video tentang aktiviti kami sebelum bernaung di atas nama SMMG. Kebanyakkan dari kami adalah independent bikers sebelum ini, atas sebab itu kini kami rasa amat berbangga kerana dapat memeriahkan lagi dunia bikers ini bersama-sama SMMG, sebuah group yang tersusun dan nampak hala tujunya. Itulah sebabnya blog ini di hasilkan.





HIMPUNAN VIDEO-VIDEO YANG TELAH DI RAKAMKAN OLEH CREW -CREW SKULL MADNESS DARI MUAR.




NIGHT RIDE TO MALACCA
MALAM 16 SEP 2010 HARI MALAYSIA


MELAKA 2010
PULANG DARI MOTOR
SHOW

 



PD 2010
TUNGGU BIKERS YANG KEROSAKKAN
MOTOSIKALNYA




PD 2010
PUNGGONG DAH KEBAS



PETRONAS MELAKA 2010
REHAT-REHAT 



 PD 2010
BERSANTAI DI TEPI SUNGAI
 


PD 2010
RONDA-RONDA


MUAR 2010
MAKAN KAT KENDURI KHAWIN


PD 2010
SANTAI DI KOLAM RENANG



PD 2010
DALAM PERJALANAN KE PD



PD 2010
BUAT KECOH KAT PAM MINYAK



BOY DALAM KENANGAN KAMI
AIR TERJUN GUNUNG LEDANG 2010




ASAHAN MELAKA 2010
BILA BIKERS BERTUKAR JADI
MAT REMPIT N BAWAK AWEK






Oklah.. Hanya sampai di sini buat kali ini. Banyak lagi yang akan di paparkan dalam blog ini untuk masa-masa yang terdekat ini. Jangan lupa untuk semua Bikers.... Kita masih lagi berada dalam bulan Ramadan yang membawa seribu rahmat ini. Namun tak lama lagi Aidil Fitri akan kita sambut bersama. Perpaduan di tuntut oleh Islam. Untuk semua ahli, sayangilah  SKULL MADNESS MG MALAYSIA yang telah berusia 2 tahun ini. Terus bersatu dan bersepakat. Selamat berpuasa dan  SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua bikers SKULL MADNESS MG MALAYSIA.

 Ps: Kepada semua ahli, di ingatkan jangan main mercun buatan sendiri sebab... buruk rupa kalau dah senior-senior ni  muka masuk surat kabar jari putus sebab main mercun. He..he..

Wassalammualaikum